Sukan
badminton mungkin dianggap sebagai sukan yang sukar untuk tercetusnya
pergaduhan.Lain pula halnya yang terjadi di Kejohanan Badminton Terbuka Kanada
2013 Ahad lepas.
Dua
bekas pemain skuad Olimpik Thailand terlibat dalam satu pergaduhan ketika
perlawanan akhir beregu lelaki di kejohanan itu yang diadakan di Vancouver,
Kanada.
Pada
kejadian itu yang kini menjadi antara video menarik di laman YouTube, pemain
Thailand Bodin Issara dilihat mengejar bekas rakan beregunya Maneepong Jongjit
sekeliling dewan kejohanan selepas berlaku insiden tidak memuaskan hati di
antara mereka.
Kejadian
itu kini disiasat oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Issara
kemudian pantas ditenangkan oleh Jurulatih dan pegawai kejohanan manakala pasangan
beregunya Pakkawat Vilailak membawa Jongjit yang sudah tidak berbaju jauh dari
gelanggang.
Issara
yang menerima dua jahitan akibat kejadian itu berkata Jongjit sebelum itu mula
memukulnya dengan raket.
Bagamanapun,
kedua-dua pemain ketika perlawanan sudah diberikan amaran oleh pengadil kerana
saling mengeluarkan kata-kata kesat. di antara satu sama lain.
Jongjit
dan pasangannya Nipitphon Puangpuapech juga dari Thailand diberikan kemenangan
percuma selepas Issara diberikan Kad Hitam oleh pengadil.
Semalam
BWF dalam satu kenyataan berkata kejadian itu akan disiasat oleh badan induk
sukan itu mengikut prosedur yang ditetapkan untuk mengatasi kejadian
kontroversi seperti ini dan akan disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin.
Jongjit
dan Issara ketika berpasangan berada pada rangking kelapan dunia dan telah
berjaya layak ke peringkat Suku Akhir Sukan Olimpik 2012 di London.
Pasangan
itu berpecah Januari lalu dan kemudian Issara mengumumkan persaraanya dalam
dunia badminton sebelum kembali bertanding dengan pasangan beregu yang lain. – mynewshub.my
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin