![]() |
Gambar
Hiasan
|
Sepasang
suami isteri muda sanggup menempah maut dengan membuat aksi ‘Wheelie’ di depan
Dataran Merdeka hanya semata-mata dicabar rakan mereka, malam kelmarin.Difahamkan,
pasangan suami isteri yang baru berkahwin setahun lalu itu tidak memikirkan
risiko yang bakal ditanggung sebaliknya menunjukkan kemahiran ‘bodoh’ mereka
menunggang motosikal Yamaha 125, kira-kira jam 7 malam.
Sumber
polis berkata, si isteri yang berusia 19 tahun juga didapati tanpa berasa takut
membantu suaminya berusia awal 20-an mengimbangi badannya sepanjang melakukan
aksi berbahaya itu di Jalan Raja Laut.Menurutnya, perbuatan pasangan terbabit
dikesan anggota Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K) yang ketika itu
sedang melakukan Ops Samseng Jalanraya di sekitar ibu kota.
“Ketika itu, pasangan berkenaan berada di lampu isyarat Jalan Raja Laut sebelum membuat aksi ‘Wheelie’ sebaik lampu bertukar hijau sejauh beberapa meter.“Pasangan itu kemudian memecut laju ke Jalan Sultan Ismail dan akhirnya dicekup di Jalan Ampang ketika memberhentikan motosikalnya,” katanya.
Katanya,
soal siasat mendapati mereka adalah pasangan suami isteri dan melakukan aksi
berkenaan akibat dicabar rakan.
“Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur. Si suami ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya.“Isterinya pula dibebaskan dengan dijamin anggota keluarganya,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.-mymetro
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin