Bagaimana
anda boleh menjadi seorang isteri yang lebih baik kepada suami anda?Anda
mungkin merasakan seolah-olah perkahwinan anda akan melalui pelbagai
masalah. Masalah tersebut mungkin boleh dihadapi dengan tenang jika anda
seorang isteri yang lebih baik.
Sudah
tentu, suami anda juga perlu berubah menjadi seorang suami yang baik juga,
tetapi terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu
meletakkan perkahwinan anda kembali di landasan yang betul dengan menjadi
seorang isteri yang lebih baik.
Teruskan
membaca untuk beberapa tips mengenai apa yang anda boleh lakukan.
1.
Bertimbang
rasa dan hormati suami anda
Salah satu cara untuk menjadi seorang isteri yang lebih
baik adalah dengan sentiasa bertimbang rasa dan menghormati suami anda.
Suami anda tetap seorang lelaki yang mempunyai egonya yang tersendiri dan dia
mempunyai hak untuk mempunyai pendapat sendiri dan nafsunya.
Anda haruslah sentiasa bijak dalam situasi tersebut. Jika
apa yang anda lakukan adalah sentiasa mengomel dan meleterinya , lebih cepat
dia akan berasa benci terhadap anda.
Biarkan suami anda buat apa sahaja yang dia perlu lakukan
selagi ianya tidak membawa masalah kepada perkahwinan anda. Dia pasti akan
gembira dengan anda kerana sentiasa menghormatinya.
2.
Memaafkannya dan terus
lupakan kesalahan tersebut
Jika berlaku sebarang perselisahan faham atau masalah,
segeralah mencari penyelesaiannya. Jangan biarkan masalah tersebut terus
berlarutan.
Bila penyelesaian sudah ditemui, terus lupakan sahaja
masalah tersebut. Jangan sekali-kali cuba untuk mengungkit masalah itu kembali
di masa hadapan. Sangat bahaya!
3.
Jangan
melampau-lampau bila berlaku perselisihan faham
Setiap pasangan pasti tidak lari dari berlakunya
perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Walau bagaimanapun, apabila ia berlaku, berhati-hati dan jangan melampaui batas
seperti memukul, meludah, memanggil dia dengan namanya atau menyebut tentang
cerai.
4.
Jangan
sekali-kali!
Hanya mengatakan apa yang terlintas di fikiran anda dalam
tutur kata yang paling bijaksana dan berhemah. Cuba untuk kekal tenang sedaya
mungkin dan bertolak-ansurlah dengan suami anda.
Sebolehnya jangan membawa api kemarahan anda sehingga ke
bilik tidur. Selesaikannya secepat mungkin dan kemudian terus lupakan
pertelingkahan tersebut.
5.
Ungkapkan
kata cinta kepadanya
Anda perlu memberitahu suami anda bahawa anda selalu
menyayangi dan mencintai dia. Semua orang inginkan diri mereka dihargai dan
sentiasa berasa diperlukan.
Amalkan amalan ini sekerap mungkin misalnya ketika suami
anda bertolak untuk pergi kerja di pagi hari dan ketika kepulangannya serta
sebelum tidur di malam hari. InsyaAllah hari-hari anda pasti akan lebih bahagia
di sisi suami.
6.
Sentiasa
membuat aktiviti bersama-sama
Ingatlah bahawa perkahwinan melibatkan dua insan yang
akan hidup bersama dan melayari bahtera perkahwinan sehingga ke akhir hayat.
Jadi, teramatlah penting untuk pasangan sentiasa memahami dan sentiasa
berinteraksi antara satu sama lain.
Lakukan perkara-perkara indah bersama-sama termasuklah
juga ketika ingin melakukan sebarang aktiviti di rumah seperti cuci rumah,
memasak dan sebagainya. Selain dapat meningkatkan jalinan mesra antara
pasangan, sebarang kerja juga akan cepat untuk diselesaikan bila dilakukan
bersama-sama.
Sumber : Klik Sini
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin