Sebagai
seorang isteri, pernahkah anda tahu bahawa anda sebenarnya mempunyai beberapa
senjata 'sulit' yang dianugerahkan Tuhan untuk memikat dan merangsang suami
anda?
Apabila
anda tahu apakah senjata-senjata sulit di tubuh anda itu, tahukah pula
bagaimana anda menggunakannya untuk 'menundukkan' suami anda agar terus jatuh
cinta kepada anda?
Sebagai
seorang isteri kita sebenarnya mempunyai pelbagai keistimewaan yang membolehkan
kita memikat hati suami berlandaskan apa yang ada pada diri kita.
Mungkin kita pernah
terfikir, sebagai seorang lelaki, suami anda sebenarnya mahukan 'kelainan' dari
tubuh anda, sedangkan sebaliknya,.....
.....mereka
sebenarnya lebih suka dengan apa yang dikatakan keindahan asli daripada tubuh
isteri mereka.
Jadi
tidak perlulah kita sebagai isteri membahayakan diri melakukan pembedahan
plastik semata-mata untuk mendapatkan tubuh yang 'maha mengancam' pada
pandangan suami. Berikut diberikan tujuh perkara utama yang boleh menjadi
senjata sulit isteri memikat suami.
Selepas
isteri tahu apakah senjata-senjata berkenaan, silalah gunakan dengan sepenuhnya
untuk memikat hati suami anda, terutama apabila anda mengetahui dan dapat
melihat jauh di lubuk hati lelaki yang bergelar suami terdapat satu daerah
lembut di dalam hati mereka yang mengidamkan kecantikan dalaman kita yang asli.
Tidak
syak lagi kini, si isteri itu sebenarnya adalah cantik dan memberahikan pada
mata suami. Terpulang kepada isteri menggunakan kebijaksanaannya dan apa yang
ada pada dirinya untuk memikat hati suaminya.
1.
Rambut
Rambut umpama mahkota kepada kaum wanita, ia juga
sebenarnya boleh dijadikan sumber tarikan tersendiri sebagai daya pemikat
isteri yang asli. Rambut isteri yang ikal mayang, bersih, berkilat dan berbau
harum adalah sumber pemikat utama kepada suami. Rambut yang berbau harum dengan
haruman syampu yang digunakan akan menyebabkan suami suka membelai dan
melalukan jari-jemari ke dalamnya ketika bersama.
2.
Mata
Tuhan menganugerahkan mata yang bersinar kepada isteri.
Tidak semestinya mata itu bulat, bundar, sepet atau kuyu. Mata sebenarnya boleh
memuntahkan inspirasi cinta dan cerita. Pandangan mata juga boleh memberikan
1001 perasaan yang tidak dapat digambarkan. Suami boleh jadi 'cair' dengan
pandangan isteri. Renungan isteri yang mendalam dan menggetarkan jiwa si suami
boleh menyebabkan golongan Adam ini akan kehilangan ungkapan untuk ditafsirkan,
bak kata, ''sayang, saya rasa seolah-olah melayang ketika melihat ke dalam
matamu."
3.
Kulit
Kulit adalah satu anugerah kepada wanita. Permukaannya
yang licin, lembut, gebu dan bersih serta mulus adalah menjadi dambaan setiap
suami ingin menyentuhnya. Justeru, jaga kulit badan anda agar sentiasa bersih
agar ia rasa selesa apabila disentuh suami.
4.
Tulang
selangka dan lengkung leher
Daerah ini amat menjadi perhatian kepada suami apatah
lagi menjadi tempat yang paling mulus untuk menjadi tempat singgahan ciuman
suami dan ia juga sebenarnya daya penarik semua wanita.
5.
Sekitar
pusat
Bayangkan bahagian di sekitar pusat anda juga sebenarnya
menjadi satu tempat yang amat memberangsangkan suami. Cuma di sini tentulah
perlu selalu dijaga kebersihannya dan pusat anda akan lebih indah sekiranya
anda kekal 'langsing' dengan pinggang terbentuk.
6.
Lentuk
liuk tubuh
Ini bukan satu perkara yang dibuat-buat. Lentuk liuk
tubuh isteri yang manja ketika bersama suami sebenarnya adalah satu daya
penarik yang boleh menggoda si suami. Ini termasuklah cara kita melenggang
ketika berjalan, potongan punggung, saiz belakang badan dan sebagainya.
Bersyukurlah, tubuh kita sebagai isteri ada segalanya untuk menghangatkan
bibit-bibit kemesraan bersama suami.
7.
Payu
dara
Ops, ini kalau tidak diterangkan pun semua orang tahu.
Secara fizikalnya, tidak kiralah apa saiznya, sama ada kecil atau besar pihak
suami pasti suka melihat di bahagian ini. Bukan sekadar melihat, suami juga
sebenarnya suka menyentuhnya untuk berbuat apa sahaja kerana sebenarnya pada
fikiran mereka, ini juga sesuatu yang menjadi hak 'milik' mereka.
Sumber : Utusan.com.my
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin