Seorang
lelaki berusia 20-an ditemui mati dipercayai dibunuh dengan anggota badannya
diikat dalam kedudukan berdiri di atas tangga sambil kemaluannya sengaja
ditunjukkan di kawasan dusun 20 meter dari jalan utama di Kampung Padang
Siding, di sini, semalam.
Dalam
kejadian jam 9.30 pagi, seorang pelajar yang tinggal berhampiran lokasi
kejadian Muhammad Anas Khamis, 21, mendakwa diberitahu orang ramai mengenai
penemuan mayat dalam keadaan mengaibkan.
Difahamkan,
mayat yang dibunuh dengan cara dilemaskan di dalam air itu sengaja diaibkan
dalam keadaan sedemikian dipercayai bermotifkan dendam akibat perempuan.
Muhammad Anas berkata, ketika itu dia berada di rumah sebelum orang yang lalu lalang di jalan utama memberitahu keluarganya mengenai penemuan mayat itu di lokasi kejadian yang juga dusun milik datuknya Abdullah Jusoh, 70.

“Menurut
mereka, pada mulanya sangkaan mereka ialah ia hanya patung diletakkan bagi
menghalau binatang memakan buah-buahan di situ, namun sebaliknya ia adalah
mayat lelaki yang diikat di tangga dengan mulut, tangan, kaki serta matanya
juga diikat kain hitam.-mymetro
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin