Tindakan
berani sekumpulan remaja bermain mercun buatan sendiri mengundang padah apabila
dua daripada mereka melecur di muka dan jari kanan selepas batang paip besi
yang diisi belerang meletup sebaik dicucuh api, kelmarin.
Dalam
kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, Muhammad Aiman Amzar Jamsari,
13, dan Mohamad Hanif Mohd Nawi, 14, dikatakan bermain dengan 15 rakannya di
Padang Permainan Taman Bersatu, Baling, tiba-tiba menjerit kesakitan selepas
mercun itu terkena muka mereka.
Difahamkan,
mangsa terbabit adalah kes pertama yang terkena mercun di negara ini ketika
umat Islam baru menyambut hari pertama bulan Ramadan, semalam.
Muhammad Aiman melecur di muka dan jari kanan dimasukkan ke ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini manakala Mohamad Hanif melecur di muka dan masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.
Muhammad Aiman melecur di muka dan jari kanan dimasukkan ke ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini manakala Mohamad Hanif melecur di muka dan masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.
Difahamkan,
mangsa dikatakan pulang ke rumahnya di taman perumahan itu yang terletak
kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian seorang diri, tetapi ketika kejadian
ibu bapa serta adiknya tiada di rumah kerana menunaikan solat Tarawih di surau
berhampiran.-mymetro
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin