Kecewa
apabila isteri yang dikahwini 18 tahun menjalinkan hubungan cinta sejenis,
seorang lelaki nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol ke badannya
sebelum membakar diri di rumah mereka di Pandan Height, di sini, kelmarin.
Dalam
kejadian jam 9 malam itu, mangsa, Lim Vit, 58, melecur hampir 100 peratus pada
badan dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal di Hospital Ampang.Abang
mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum itu adiknya bertengkar dengan
isterinya berusia 45 tahun apabila mendapat tahu wanita itu berlaku curang
menjalinkan hubungan sejenis dengan majikan berusia 40-an di tempat kerjanya.
Menurutnya, pasangan itu sudah mendirikan rumah tangga sejak 18 tahun dan dikurniakan tiga anak lelaki berusia lapan hingga 18 tahun.
Menurutnya, pasangan itu sudah mendirikan rumah tangga sejak 18 tahun dan dikurniakan tiga anak lelaki berusia lapan hingga 18 tahun.
“Hanya
dua bulan adik saya (mangsa) mendapat tahu isterinya yang bekerja di sebuah
hotel menjalinkan hubungan sejenis dengan majikannya sejak itu sering
bertengkar.-mymetro
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin