Apabila
bercinta pastinya kita mengharapkan percintaan kita bahagia dan kekal ke akhir
hayat. Namun takdir menentukan segalanya, bukan semua yang kita haapkan berjaya
kita perolehi.
Kadang
kala walau kita salah setia dan bahagia cinta yang terhalang amat sukar untuk
mencapai kebahagiaan ke akhir garisan. Terlalu banyak ranjau yang menyukarkan
sesuatu perhubungan itu berkembang.Pedih…pastinya apabila sesuatu perhubungan
itu ditamatkan tanpa kerelaan ia akan menjadi perit dan pedih.
Apa
yang perlu kita fahami, cinta tidak semestinya saling memiliki. Cinta adalah
kebahagiaan. Andai dengan melepaskan dia insan kesayangan hati dia dapat semula
kasih sayang dari keluarga dan insan sekelilingnya lepaskan lah dia dengan
ikhlas. Andai dengan bersama kita dia akan dibuang keluarga dan semua mata
mengecam terhadap perhubungan itu maka perpisahan adalah jalan terbaik.
Jangan
ada dendam. Relakan pemergiannya, walau pedih dan ia amat membuat hati sengsara
sekurang-kurangnya kamu perlu berbangga kamu melakukan itu demi dia insan yang
amat kamu sayangi.
Dia
pasti tidak akan pernah melupakan kamu sebagaimana kamu juga sentiasa
menyayanginya seumur hidup kamu. andai tertulis suatu hari nanti memang jodoh
kamu bersamanya, pasti Allah menemukan jalan baru agar kasih kamu bertaut
kembali bersamanya nanti.
Sumber
: Klik Sini
1 Ulasan
saya jatuh cinta pada pensyarah saya sendiri..hingga kini saya xdapat lupakan dia, dan saya tahu dia juga cinta saya..saya lepaskan dia kerana xmau dia abaikan tanggungjawab kepada keluarga dia..anak2 dan isterinya perlukan dia, jadi biarlah saya undur diri dgn cinta xseberapa ini..saya? saya akan tetap teruskan hidup..hidup walaupun pedih sayangkan dia...Allah ada..Dia akan jaga saya..
BalasPadamTerima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin