Tindakan
seorang lelaki yang menyimbah cuka getah ke badan isterinya hingga menyebabkan
wanita itu kritikal selepas melecur teruk dalam kejadian di Kampung Pejiru di
sini kelmarin mungkin didorong oleh perasaan marah yang sudah lama dipendam.
Anak
sulung pasangan itu, Edy Jiriem, 27, mendakwa, ia kerana kelakukan ibunya,
Christina Nyoeh, 43, yang mengadakan hubungan sulit dengan seorang lelaki
Afrika sejak 2007 bukan rahsia lagi buat mereka sekeluarga.
Menurut
Edy, walaupun kecewa dengan perbuatan ibunya, namun kini dia merasa sedih
selepas melihat wanita itu yang sedang bertarung nyawa di Hospital Umum Sarawak
(HUS) angkara perbuatan suami sendiri.
“Saya
sedih setiap kali memandang wajah ibu yang melecur teruk itu dan saya harap ia
dapat dipulihkan segera walaupun ia sesuatu yang mustahil.“Saya pasrah dengan
kejadian itu dan mula belajar hakikat yang ibu tidak akan boleh menjalani
kehidupan seperti orang lain selepas ini,” katanya ketika ditemui di HUS.-Kosmo
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin