Amcam
puasa harini? Ada sapa-sapa yang termakan/minum dengan tidak sengaja tak
harini? Jangan risau, itu rezeki Allah bagi tu. Jangan pulak buat-buat tak
sengaja. Hahaha.
Malam
tadi semua pergi solat sunat tarawih? Tak pergi? Rugi woo. Setahun sekali
je kita dapat mengerjakan solat sunat Tarawih ni. Banyak kelebihan.
Namun bukanlah seperti yang digembar gemburkan oleh hadis palsu. Sekarang
ni dah macam-macam tersebar hadis palsu terutamanya mengenai bulan
Ramadhan dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha
menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan
yang diberkati itu.
Hadis
palsu yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya
diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah
seperti berikut :
Malam
pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.
Malam
kedua
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.
Malam
ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan ‘mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu ’.
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan ‘mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu ’.
Malam
keempat
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam
kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.
Malam
keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.
Malam
ketujuh
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapatmengalahkan Fir’aun dan Haman.
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapatmengalahkan Fir’aun dan Haman.
Malam
kelapan
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.
Malam
kesembilan
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
Malam
kesepuluh
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.
Dan
kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun
begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air
mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat
memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti
Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui.
Begitu
juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati
hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru
diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis
maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan
kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah.
Namun
begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu
yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan
sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya
hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah
s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.
Rasulullah
S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan
pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang
siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan
tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis
ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir.
Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada
dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman
supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla
Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu’ah selepas membawakan lebih dari seratus
riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan
kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi:
Haram
meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa
hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang
menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia
tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi,
tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara
hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti
hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis
nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan
sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama
sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa.
Bagaimana
pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan
berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud:
Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan
tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di
dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk
melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis
ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu
pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang
sebahagian darinya berbunyi:
Jika
seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina
dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah
seperti meruntuhkan Kaabah.
Adakah
tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam
Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud:
Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan
ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan
adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang
yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang
menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu
termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya
bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya
hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan
amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang
bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu
mengerjakannya.
Antara
ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad
perawinya ialah :
1.
Kelebihan
yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para
sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi
yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana
umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan
dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk
menyamai kedudukan seorang nabi.
2.
Kelebihan
yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan
ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam
Al-Qur’an dan hadis-hadis sahih.
3.
Kandungannya
serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya
tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
4.
Dalam
sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan “Ya Ali”
sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan
kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.
Oleh
itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat
negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga
kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam
janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah
sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah
sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat
pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan
dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.
Wallahualam
Sumber
: Klik Sini
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin