Demi
cinta, dua pasangan muda sanggup tinggal di bawah jambat di tepi Sungai Klang,
di sini, sejak beberapa bulan lalu selepas hubungan mereka dihalang keluarga
masing-masing.
Lebih
menyedihkan, satu daripada pasangan itu tinggal bersama bayi perempuan berusia
empat bulan, manakala satu lagi menanti kelahiran anak sulung mereka dijangka
pertengahan Ramadan ini.
Kedua-dua
pasangan terbabit mendakwa bernikah di selatan Thailand tetapi menghadapi
kesukaran mendaftarkan perkahwinan di negara ini.
Bagaimanapun, ketika wartawan Metro Ahad meminta mereka menunjukkan dokumen pernikahan, kedua-dua pasangan gagal berbuat demikian.Hanya beralaskan tilam, kain rentang buruk dan kotak lusuh, pasangan terbabit yang berpendidikan rendah dan tiada pekerjaan tetap rela hidup di situ walaupun terpaksa mengemis simpati masyarakat untuk sesuap makanan.-mymetro

0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin