Sekeping nota tulisan Allahyarham Umi Kalthum yang menyatakan lima syarat ditemui ketika ahli keluarga itu dihimpit rasa duka akibat kematian pelakon veteran tersebut pada Rabu.
Nota
yang diletakkan di atas meja solek, rumah salah seorang anak Allahyarham hasil
perkahwinan pertamanya antara lain menyenaraikan barang keperluan yang disimpan
dan perlu digunakan sekiranya dia meninggal dunia.
Cucu
dari suami pertama Allahyarham iaitu Amir Noor Muhamad , 32, berkata, dia
menemui nota tersebut ketika masuk ke bilik untuk mencari kain kapan yang
disimpan Allahyarham sebagai wasiat.
“Saya
terkejut apabila saya masuk ke bilik, saya terjumpa sekeping nota yang arwah
letakkan di atas meja mekap.
“Dia
seolah-olah sudah tahu hendak pergi buat selama-lamanya,” jelas Amir Noor
kepada mStar Online di sini pada Rabu.
Allahyarham
Umi Kalthum meninggal dunia pada usia 81 tahun dalam tidur kira-kira pukul 4
pagi Rabu di rumah anak hasil perkahwinan pertamanya dengan individu yang
dikenali sebagai Jaafar di Ukay Prima di sini pada Rabu.
Beliau
meninggalkan lapan orang anak, 22 orang cucu serta seorang cicit hasil dua
perkahwinannya termasuklah dengan pelakon Datuk S Roomai Noor.S Roomai Noor
meninggal dunia di Mekah ketika menunaikan umrah pada 16 Mac 1996 akibat
paru-paru berair.
Allahyarham
Umi Kalthum turut memiliki seorang anak tiri iaitu penyanyi Anita Sarawak hasil
perkahwinan terdahulu S Roomai Noor dengan pelakon Siput Sarawak.
Dalam
pada itu Amir Noor berkata, lima perkara yang dicatatkan oleh neneknya itu
ialah kelengkapan bagi menguruskan jenazahnya iaitu; kain batik untuk menutup
dan memandikan jenazah, dua helai kain ihram termasuk milik S Roomai Noor
sebagai kain kapan dan selendang putih menutup muka.
Turut
ditulis ialah sarung bantal bagi kegunaan melapik kepala jenazah dan dua helai
kain putih yang perlu diikat pada batu dan diletakkan di simpang jalan sebagai
tanda ada orang meninggal dunia.
Kesemua
kelengkapan jenazah itu disimpan rapi dalam sebuah almari dan digunakan sebagai
memenuhi impiannya.
Allahyarham
juga turut berpesan agar mengebumikan jenazahnya di Tanah Perkuburan Islam
Klang Gate, Hulu Klang di sini iaitu berdekatan dengan kubur arwah ibunya.Arwah
juga kata Amir Noor pernah melahirkan hasrat untuk meninggal dunia di Mekah
ataupun pada bulan Ramadan.
“Alhamdulillahlah…
hajat nenek untuk meninggal dunia pada bulan Ramadan seperti yang diimpikan
telah dimakbulkan Allah,” katanya.
Dalam
pada itu rakan seangkatan Allahyarham iaitu Datuk Maria Menando, 81, berkata,
dia amat terkejut dengan berita kematian itu kerana Umi Kalthum masih dilihat
cergas walaupun ketika usianya sudah lanjut.
Katanya,
kali terakhir mereka berjumpa ketika menziarahi jenazah Allahyarham Latifah
Omar yang meninggal dunia pada 9 Jun lalu.
“Umi
seorang rakan yang sangat baik dari segi tutur kata dan tingkah lakunya. Selama
mengenalinya, saya amat senang berkawan dengan dia,” kata Maria.
Pelakon
Salmah Ahmad, 76, pula berkata, Allahyarham ada berpesan kepadanya agar menjaga
kesihatan sebaik mungkin selain mengadu sakit dada.
“Dua
hari lepas dia ada telefon saya. Dia nak ajak saya bercuti ke Jakarta. Saya
kata tak ada masalah. Kemudian dia bertahu, dadanya sakit sehingga
kadang-kadang nak tarik nafas pun susah.
“Kerana
masalah itu dia banyak kali supaya saya menjaga kesihatan dengan baik,” katanya
yang pernah berlakon dengan Allahyarham dalam filem Yatim Mustapha pada tahun
1961.
Sepanjang
hayatnya Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin telah berlakon lebih
20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun,
Menanti Hari Esok dan Syukur 21.
Watak
jahat iaitu Putih yang dipegangnya dalam Bawang Putih Bawang Merah pada tahun
1959 pernah menyebabkan dia dibenci peminat kerana sering mendera adik tirinya
iaitu Merah lakonan Latifah Omar.
Allahyarham
dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate selepas solat Zuhur pada Rabu.
Turut
menziarahi Allahyarham ialah Datuk Aziz Sattar, Datuk Yusof Haslam, Datuk
Sarimah Ahmad, Aspalela Abdullah, Zalifah Ibrahim, Hayati Tasrip dan Mariani. - mStar
Online
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin