Dalam
kisah cinta pastinya memerlukan pengorbanan samada ia memberi kebahagiaan atas
kedua pihak atau ia hanya memberi kebahagiaan kepada pihak lain walau hati
kedua pencinta itu merana dan menderita.
Dalam
cinta ia merupakan satu percaturan yang mana kita belum tentu bahagia dan
memperoleh apa yang kita hajati . Jika bernasib baik kita akan berjaya sampai
ke penghujung cerita cinta dengan bahagia tetapi jika tidak bernasib baik kita
akan kecundang dan merana akibat perpisahan yang tidak kita pinta sama sekali.
Apabila
sesuatu dugaan tiba, sebagai seorang yang amat menyintai pasangan tak kira kita
lelaki atau perempuan, kita perlu memikirkan adakah perlu melakukan
pengorbanan. Andai dengan berkorban melepaskan cinta adalah satu kebahagiaan
terhadap pasangan atau kebahagiaan terhadap insan lain maka lakukanlah jika ia
berbaloi.
Biar
hati sendiri merana dari membiarkan banyak hati lain menderita akibat perbuatan
kita. Allah maha adil, mungkin sudah ketentuan kita terpaksa melepaskan cinta
yang kita paling sayang demi melihat dia atau insan lain berbahagia. Restu
keluarga dan semua pihak amat perlu bagi menjamin kebahagiaan berkekalan ke
akhir hayat.
Andai
bersatu dan dapat hidup bersama, jika berlaku sesuatu perkara jangan
teragak-agak untuk berkorban demi pasangan kita. Kasih sayang yang tercipta
adalah amat suci hingga kadang kala seseorang sanggup mempertaruhkan nyawa
mereka demi insan tersayang.
Apa
pun, andai cinta itu suci pasti suatu masa nanti kasih akan bersatu walau ianya
hanya akan bertemu di akhirat nanti…
Sumber
: Klik Sini
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin