Ketua
Suruhanjaya Pengendalian Tembakau Nasional berkata, penapis rokok yang
digunakan secara meluas di Indonesia mengandungi bahan berasal daripada darah
babi.
Dr
Hakim Sarimuda Pohan berkata, hemoglobin atau protein darah babi digunakan
dalam penapis rokok untuk menyaring racun kimia agar tidak masuk ke dalam
paru-paru perokok.
Bercakap
pada dialog mengenai bahaya merokok di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, semalam,
Hakim berkata, beliau yakin penapis yang diimport untuk digunakan pada rokok di
Indonesia adalah komponen daripada darah babi.
Katanya,
perkara itu diketahui apabila ia didedahkan oleh Profesor Kesihatan Masyarakat
dari Universiti Sydney, Simon Chapman.
Chapman dilaporkan mengingatkan perkara itu kepada golongan agama tertentu dengan merujuk kajian yang dilakukan di Belanda yang mendedahkan bahawa 185 syarikat menggunakan hemoglobin babi sebagai bahan membuat penapis rokok.
Hakim berkata, sudah sepatutnya umat Islam di Indonesia menjauhi barang yang jelas haram di sisi agama. -mymetro
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin