Di
sini ada beberapa tips yang boleh menjadi panduan untuk terus bahagia bersama
pasangan, terutamanya pasanag suami isteri :
1.
Sentiasa
menjadi diri sendiri.
Tak perlu menjadi diri insan lain. Usah berpura-pura
dalam mencipta identiti diri di depan insan tersayang. Cuba selesa menjadi diri
sendiri agar tidak nampak berpura-pura . Kamu akan lebih selesa apabila
kelihatan natural dan bersahaja.
2.
Sentiasa
ikhlas
....meminta dia berubah menjadi insan lain. Ya kita boleh
berubah menjadi seseorang yang lebih baik tapi tidak perlu berubah menjadi
insan yang kita tak mampu jadi seperti mereka. Berubah dari jahat ke arah baik
itu adalah lebih baik
3.
Sentiasa
jujur
Jujurlah dalam apa jua perkara yang kita lakukan terhadap
pasangan kita. Apa saja aktiviti yang ingin kita lakukan beritahu mereka agar
mereka tidak merasa diketepikan.
4.
Berkongsi
pendapat
Adalah sesuatu yang indah apabila dapat berkongsi
pendapat bersama insan tersayang. Diri akan lebih merasa dihargai apabila
pasangan bertanyakan pendapat kita tentang sesuatu perkara. Walau perkara kecil
tetapi bila ia dikongsi bersama ia akan menjadi sesuatu yang sangat bermakna.
5.
Kongsi
masalah bersama
Apabila saling berkasih sayang perlulah kita berkongsi
masalah bersama. Ada sesetengah pasangan mereka tidak boleh berkongsi masalah.
Perlu ada sahabat lain pula dalam hidup mereka kerana mereka hanya boleh
berkasih sayang tetapi terasa janggal bila berkongsi masalah. Pendek kata
pasangan mereka bukan pendengar atau penasihat yang baik maka mereka tidak
memilih untuk berkongsi masalah atau cerita dengan pasangan mereka.
6.
Saling
mempercayai
Saling mempercayai dalam hubungan amat penting kerana
apabila asik meragui kejujuran pasangan walau ia setia terhadap kita hubungan
itu akan menjadi tegang dan hambar. Terasa diri sentiasa diperhatikan.
Lama-lama pasangan akan bosan dan melangkah pergi kerana terasa diri dilayan
seperti banduan
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin