Siasatan
polis tidak menolak kemungkinan kematian Jeffri Mohd. Alee yang lehernya
dijerut dengan tali pinggang di Flat Sri Lempah, Lorong Jugra, Jalan Klang Lama
di sini pada Rabu lalu ada kaitan dengan cubaan melakukan seks ganas.
Mayat
Jeffri, 25, dikatakan ditemui pada pukul 10 malam di dalam sebuah bilik di
rumah tersebut dalam keadaan separuh bogel dan memakai rambut palsu wanita
berwarna perang.
Ketua
Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata,
mangsa dipercayai bersama seorang individu lain dan kemungkinan baru hendak
mengadakan hubungan seks berdasarkan kepada keadaan mangsa ketika ditemui.
“Pemeriksaan
forensik tidak menjumpai kesan air mani pada tubuh mangsa namun siasatan awal
yang dijalankan seakan-akan menjurus ke arah cubaan melakukan seks,” kata
beliau ketika dihubungi di sini semalam.-Kosmo
1 Ulasan
akibat perbuatan tak wajar
BalasPadamTerima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin