Masalah
keputihan adalah masalah yang biasa dialami oleh setiap wanita. Ia mungkin
boleh terjadi samada ketika wanita itu hamil atau pun tidak. Bagi wanita ha
mil,
masih ramai yang ragu2 adakah keputihan boleh mengganggu kehamilan anda
Bagaimana
kita tahu jika kita mengalami keputihan?
·
Lelehan
faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil.
·
Lelehan
yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami
keputihan:
·
lelehan
akan menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej terdapat
kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau
punggung
·
akan
rasa sakit bila bersama suami
·
rasa
sakit apabila membuang air kecil
Bagaimana
saya boleh dapat keputihan?
Ketika
hamil jangkitan kulat di faraj agak biasa berlaku. Kulat yang dikenali sebagai “candida
albicans” ini yang akan menyebabkan keputihan. Kulat ini ada dalam badan setiap
orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya
bakteria dalam badan mengawalnya.
Biasanya
ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan. Masalah keputihan mungkin berlaku jika
ada ketidakseimbangan jumlah kulat dan yis dan mikro-organisme lain dalam badan
kita.
Tanda2
yang menunjukkan anda mengalami keputihan:
·
Anda
hamil-Semasa hamil, faraj mengandungi gula yang tinggil yang dipanggil glikogen
dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
·
Memakai
pakaian yang ketat dan diperbuat daripada bahan sintetik seperti seluar dalam
daripada kain nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin
dan menggalakkan pertumbuhan keputihan
·
Menggunakan
mandian buih berwangi atau pelapis seluar dalam yang beraroma
·
Mengambil
antibiotik kerana ini akan mengganggu keseimbangan diantara mikro-organisme
baik dan jahat
·
Mengalami
kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik
Sekiranya
anda rasa anda mengalami keputihan, beritahulah doktor dengan segera. Doktor
akan memeriksa kawasan disekitar faraj untuk mengenalpasti masalah sebenarnya.
Jika doktor tidak pasti samada itu adalah keputihan, beliau akan mencadangkan
ujian makmal dilakukan dimana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan
dihantar ke makmal.
Doktor
mungkin memberikan sejenis ubat pessari atau krim anti kulat yang sesuai digunakan
pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh
hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walaubagaimana pun jika anda
dalam trimester pertama kehamilan, doktor mungkin tidak akan memberikan apa2
ubat sementara waktu.
Adakah
keputihan akan membahayakan bayi saya?
Tidak,
keputihan tidak akan membahayakan bayi anda kerana bayi anda selamat dan
terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Jika
anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan
yang bayi anda akan dijangkiti apabila ia melalui faraj anda ketika keluar
daripada rahim
Jika
bayi anda yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih
di mulutnya.
Jika
anda menyusu badan, kedua2 ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan
boleh merebak ke payudara anda juga.Anda mungkin dapati keputihan datang dan
pergi sepanjang kehamilan. Ia mengambil masa untuk dihapuskan. Sekiranya anda
ingin mencuba sebarang ubatan untuk mengatasi keputihan anda, berjumpalah
dengan doktor anda. Rawatan keputihan bagi mereka yang tidak mengandung tidak
semestinya sesuai untuk mereka yang mengandung.
Sumber
: Klik Sini
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin