Manfaat
bawang untuk hubungan biologi suami isteri iaitu dengan menggunakan sediaan
ubatan tradisional dan diambil dalam bentuk makanan. Masih terdapat dukun patah
di kawasan pedalaman menggunakan minyak urut disediakan dengan memasak minyak
kelapa yang dicampurkan dengan bawang kecil dan lada hitam yang ditumbuk.
…….mujarab.Minyak
bawang antara lain didapati meredakan bengkak, meredakan kekejangan otot dan
membantu melancarkan peredaran darah. Ia juga boleh disapu pada kurap dan
panau. Kepada lelaki yang mengalami masalah ereksi dan ejakulasi (pancutan
sperma) ia boleh digunakan untuk mengurut alat sulit.
Seseorang
yang telah lama berkahwin atau mengalami stres berpanjangan biasanya mudah
mengalami masalah ereksi dan ejakulasi. Urutan yang menggunakan minyak bawang
dikatakan bukan sahaja berupaya meningkatkan keupayaan berereksi malah
meningkatkan kesensitifan pada keseluruhan alat sulit terutama di bahagian
kepala.
Alat
sulit yang sensitif kepada sentuhan meningkatkan keinginan suami untuk terus
berdayung dan seterusnya mencapai kemuncak disertai dengan ejakulasi yang lebih
baik.
Apakah
kebaikan makan bawang mentah dan digabungkan dengan cili api? Ia membantu
melancarkan perjalanan darah. Mengambil ulam-ulaman sama ada mentah atau
dicelur seperti pucuk beka (Kelantan: beko), pegaga, serai kayu dan kunyit
putih dicecah dengan sambal belacan menyediakan diri suami dengan kesempurnaan
ereksi dan kesensitifan bukan sahaja pada alat sulit malah boleh dikatakan
seluruh tubuh!
Bawang
mentah dikatakan menambah kepekatan air mani. Isteri yang memakannya juga
menerima beberapa manfaat yang positif untuk tujuan hubungan biologi.-sinarharian
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin