Usaha
seorang wanita menyelamatkan suaminya yang diserang dua lelaki bersenjatakan
parang dalam kejadian di belakang rumah mereka di Taman Puchong Indah, di sini,
mengundang padah apabila dia turut ditetak, semalam.Dalam
kejadian jam 7.30 pagi itu, pasangan suami isteri berusia lewat 30-an itu parah
dan kini dirawat di Hospital Serdang (HS) selain kerugian RM20,000 apabila
barang kemas dilarikan penjenayah terbabit.
Menurut
sumber, ketika kejadian mangsa membuat kerja rumah di belakang rumahnya sebelum
dua lelaki berusia 20-an yang menaiki sebuah motosikal tiba-tiba berhenti.
“Seorang
daripada suspek menghampiri mangsa sebelum memaksanya menyerahkan wang. Suspek
mengeluarkan parang bagi menakutkan mangsa.
“Mangsa cuba melawan menyebabkan pergelutan berlaku sebelum suspek menetak mangsa beberapa kali,” katanya.
Menurutnya, isteri mangsa yang berada dalam rumah bergegas keluar memberi bantuan kepada suaminya sebelum dia ditetak kumpulan terbabit.Katanya, sebelum melarikan diri, dua suspek terbabit merampas rantai leher dan gelang milik mangsa dianggarkan bernilai RM20,000.-mymetro
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin