Jika anda sudah bosan
kerana di labelkan sebagai lelaki yang kurang romantik, anda patut membaca
artikel ini sehingga habis untuk mengetahui tips-tips bagaimana untuk menjadi
lelaki yang romantik. Oh ya, tips ini boleh diamalkan oleh mereka yang belum berkahwin dan
yang sudah berkahwin.
Anda juga boleh
mencuba membaca tips yang pernah kami tulis - 10 Idea Romantis Untuk Anda
Dan Si Dia. 25 Tips Untuk Menjadi Lelaki Romantik :
1 Peka dengan
tarikh-tarikh penting
Kebiasannya si lelaki
amatlah memandang remeh akan tarikh-tarikh penting ini berbanding wanita.
Sila ‘set’kan tarikh-tarikh penting seperti hari jadi si dia dan
ulangtahun perkahwinan anda agar anda tidak melupakan hari-hari penting ini.
2 Berikan
kejutan untuk si dia
Sekali-sekala
berikanlah kejutan kepada pasangan anda. Mungkin anda boleh tunjukkan skill memasak
anda di dapur atau majlis hari jadi kecil-kecilan. Cukup untuk membuatkan si
dia berasa bahagia dan terharu dengan sikap romantik yang anda cuba tunjukkan
kepadanya.
3 Selalu memberi
pujian
Wanita suka dipuji.
Sekeras mana pun hati wanita pasti akan cair lebih-lebih lagi jika anda
memujinya sambil memegang erat tangannya dan memandang tepat ke dalam anak
matanya. Mesti si dia cair!
4 Berikan
layanan istimewa
Tidak salah sekiranya
anda memberikan layanan istimewa kepada si dia seperti membuka pintu kereta
sewaktu menghantar si dia pulang.
5 Pujuklah si
dia ketika si dia merajuk
Si dia merajuk sebab
hanya mahukan perhatian daripada anda. Oleh itu, cubalah pujuk ketika si dia
merajuk. Gunakan nada yang lemah-lembut. Katakan bahawa anda memohon maaf jika
anda ada melakukan kesalahan.
6 Berpimpin
tangan ketika berjalan
Pimpinlah tangan si
dia ketika berjalan berdua agar si dia merasa sentiasa selamat ketika berada di
samping anda. Tak kiralah walaupun anda sekarang dah berkahwin dan sudah
mempunyai anak 3 orang. Apa salahnya berpimpin tangan dengan si dia yang sudah
pun menjadi isteri anda dan ibu kepada anak-anak anda
7 Membawa si dia
ke tempat-tempat yang romantic
Apa salahnya sebulan
sekali bawa si dia ke tempat-tempat yang romantik disamping dapat mengeratkan
lagi hubungan anda berdua. Anda boleh membawa si dia ke candle light
dinner ataupun bercuti di di pusat peranginan di dalam negara. Mungkin di
Pulau Perhentian. Ianya akan menjadi momen yang akan dikenang sampai
bila-bila antara anda berdua.
8 Kirimkan
jambangan bunga kepada si dia
Wanita amat menyukai
bunga. Apa kata anda pergi ke kedai bunga dan belilah bunga kesukaan si
dia dan kirimkan bunga itu ke pejabat tanpa pengetahuannya. Pasti si dia
akan berasa terharu dengan bunga yang anda berikan.Dan rakan-rakan sepejabat si
dia pastinya tidak habis-habis memuji sikap romantik anda. Mungkin ada di
antara rakan sepejabatnya dengki dengan si dia sebab memiliki seseorang yang
romantik seperti anda
9 Pandang ke
mata si dia setiap kali bercakap
Pandanglah tepat ke
mata si dia setiap kali anda berbicara dengannya. Wanita selalunya tidak
mampu untuk menahan godaan dari lelaki yang dia sayang. Pandangan tepat anda
pada mata si dia akan membuatkannya jatuh cinta kepada anda hari-hari.
10 Berikan senyuman
manis dan menggoda
Seperti lelaki,
wanita juga mudah cair apabila melihat senyuman yang paling manis daripada
anda. Cuba berikan senyuman yang manis dan menggoda. Pasti si dia tidak dapat
melupakan senyuman anda itu.
11 Memakai
pakaian yang sedondon
Biasanya, kita akan
lihat sesebuah keluarga itu berpakaian sedondong menjelang hari raya. Namun,
idea ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tidak semestinya perlu
memakai corak yang sama. Cukup jika memakai warna yang sama. Barulah orang pandang
nampak sweet bila anda berdua berjalan bersama.
12 Ucapkan
sayang dan cinta kepada si dia
Si lelaki memang
berat mulut untuk mengucapkan lafaz cinta dan rindu kepada wanita. Ini biasanya
disebabkan ego mereka yang tinggi. Apa salahnya ucapkan kata-kata cinta dan
rindu setiap hari kepada si dia. Kata-kata cinta anda dapat membuatkan hati si
dia berbunga-bunga.
13 Belikan
hadiah untuk si dia setiap kali outstation
Jangan lupa untuk
membeli hadiah kepada si dia setiap kali anda keluar outstation.
Tidak perlu membeli hadiah yang mahal-mahal. Ini menunjukkan anda sentiasa
mengingatinya walaupun anda sibuk dengan urusan kerja di luar.
14 Panggillah si
dia dengan nama yang manja dan lembut
Panggillah si dia
dengan nama panggilan yang romantik – sayang,baby ataupun honey berbanding
memanggil si dia menggunakan nama. Ini dapat membezakan bahawa si dia adalah
orang yang amat penting dalam hidup anda.
15 Kirimkan sms
cinta kepada si dia
Ambil masa seketika
dan kirimkan sms cinta kepada si dia. Katakan anda amat menyintai dan
menyayangi si dia sepenuh hati anda. Pasti si dia akan berasa terharu selepas
membaca sms anda itu.
Dan jangan lupa sms
si dia setiap kali sebelum tidur. Biarkan si dia tidur bersama-sama dengan
ayat-ayat cinta dari anda.
16 Tunjukkan
bakat kesenian anda
Sekiranya anda
berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak, puisi atau sebagainya,
tuliskan suatu yang ditujukan khas kepada si dia. Atau mungkin anda berbakat
dalam bidang muzik. Anda boleh bermain gitar sambil menyanyikan lagu tema
percintaan anda berdua kepada si dia.Oh ya, wanita menyukai lelaki yang
mempunyai bakat dalam kesenian terutamanya muzik. Kata mereka, lelaki jenis ini
lebih romantik
17 Sentiasa
berikan perhatian kepada si dia
Jangan tidak hiraukan
dia. Sentiasa beri sepenuh perhatian pada si dia terutama ketika anda bersama dengan
rakan-rakan anda. Sebab kebiasannya, apabila anda melepak dengan rakan-rakan
anda, si dia pasti akan terasa diri diabaikan.
18 Jadilah
penyokong setia di belakang
Sokonglah setiap idea
dan cadangan si dia. Jika anda kurang bersetuju, mungkin anda boleh memberikan
pendapat anda. Si dia pun mahu dengarkan pendapat anda. Bukannya kata-kata yang
boleh melemahkan dan menjatuhkan semangat si dia.
19 Fahami dan
peka dengan perasaan si dia
Sentiasa memahami dan
sensitif dengan kehendak si dia. Elakkan daripada membuat lawak bodoh
terutamanya ketika si dia sedang datang bulan. Silap-silap anda pun akan
dimakinya.
20 Jadilah
pendengar yang baik dan setia
Ketika si dia
mengalami masalah dan tekanan, ketika inilah si dia amat-amat memerlukan
seseorang disampingnya terutama anda. Jadilah pendengar yang setia. Berikan
solusi dan sokongan kepada si dia.
21 Jadilah
seorang yang bersikap matang dan tenang
Kata wanita, lelaki
yang sentiasa bersikap tenang dan matang dalam setiap perkara dan
situasi adalah seorang lelaki yang romantik dalam perhubungan? Betulkah?Memang
tidak dinafikan. Jika anda bersikap sedimikian, si dia pasti berasa yakin dan
selamat sewaktu berdamping dengan anda.
22 Mengambil
berat keadaan si dia
Tanyakan khabar si
dia ketika sakit dan bantulah si dia ketika si dia dalam kesusahan. Si dia pasti
akan mengingati sikap anda yang baik hati dan caring.
Jikalau anda nak
nampak lebih romantik, belikan ubat dan berikan kepada si dia.Dan tinggalkan
pesanan supaya memakan ubat mengikut jam yang ditetapkan doktor.
23 Menolong si
dia membuat kerja-kerja rumah
Bagi yang dah
berkahwin pula, anda boleh membantu si dia di dapur, mengemas rumah ataupun
menjaga anak. Kata orang tua-tua, ringan sama dijinjing, berat pula sama
dipikul. Barulah rumahtangga aman damai.
24 Peluk dan
ciumlah si dia selalu
Ehem-ehem! Tips
ini hanya sesuai dipraktikkan oleh mereka yang sudah berkahwin. Yang belum
berkahwin jangan nak mengada-ngada ek.Setiap kali sebelum keluar rumah untuk
pergi bekerja, peluklah si dia dan berikan si dia ciuman di bibir sebagai tanda
kasih dan sayang anda. Jangan pula anda berikan pelukan dan ciuman yang
bernafsu.
25 Jadilah
seorang yang menghiburkan
Hiburkanlah hati si
dia dengan lawak-lawak anda ataupun cerita-cerita yang tidak membosankan.
Biarkan si dia sentiasa berasa gembira dan tidak bosan sewaktu keluar bersama
mahupun berbual dengan anda. Tidak perlulah anda perlu ke funfair ataupun
menonton wayang untuk berhibur.
Sumber : Klik Sini
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin