Apakah
agaknya alat atau cara dan kaedah terbaik untuk mencegah suami bermaksiat?
Gam
Lekat
hati anda dan suami ketat-ketat, jadi orang pertama yang diingat selepas
bangun tidur dan jadi orang terakhir yang disentuh sebelum tidur. Kirim
mesej-mesej yang menggeletik jiwanya jika dia membaca, jangan bagi peluang
orang atau apa-apa saja mempengaruhi suami sebelum anda berjaya melekat dalam
hatinya.
....dan
sahabat yang sentiasa ada masa untuknya. Suami jadi nakal kerana kurang
perhatian seperti kanak-kanak juga, sayangnya isteri tidak larat melayan suami
seperti dulu lagi. Apabila anak-anak sudah meminta haknya untuk diperhatikan
terpaksalah isteri membahagi dirinya sepotong demi sepotong untuk anak-anak dan
suami.
Malang
jika isteri kehabisan tenaga untuk melayan orang-orang yang disayangi,
semestinya isteri bersedia untuk lebih kuat daripada suami dan anak-anak. Ambil
makanan dan suplemen terbaik, alat-alat kecantikan, pakaian dan perhiasan yang
terkini.
Segalanya
untuk menjadi yang tercantik bagi suami dan anak-anak kerana cabaran isteri
cukup hebat pada zaman wanita tidak lagi malu melamar suami orang
terang-terangan! Gam suami dengan kekuatan cinta, kasih sayang dan semangat
setia seorang sahabat. Tempel kulit dengan kulit, mata dengan mata, hati dengan
hati menggunakan gam kasih sayang.
Buku
Perkahwinan
ibarat buku yang di dalamnya yang tersenarai kisah-kisah yang boleh dijadikan
sempadan. Kelmarin bergaduh, sekarang ketawa, sakit hati kemudian bahagia,
sedih akhirnya ceria.
Semua
kisah mengandungi pengajaran, setiap ujian membuka mata tentang kesilapan lalu,
di dalam buku cerita ini kita membaca tentang diri dan pasangan. Mencari
kesilapan dan cuba menyelesaikan masalah dengan ilmu bukan dengan nafsu. Ambillah
buku terbaik yang mengandungi manual-manual pintar dari langit. Al-Quran
dikaji, difahami dan diamalkan untuk mencari jalan keluar dari berserabutnya
masalah kisah nyata suami dan isteri.
Hadis
dan sirah Rasulullah SAW menjadi sandaran hukum yang menjadi bacaan wajib untuk
menenteramkan keluarga sakinah. Mencari hidayah di setiap tulisan penuh hikmah
di mana saja, majalah atau televisyen, internet dan telefon pintar. Mencari
jawapan atas setiap permasalahan hidup dengan ilmu Allah SWT.
Jika
suami sibuk dengan ilmu jangan lupa ingatkan dengan ibadah kerana ramai yang
terperangkap oleh ilmunya dengan jubah sarjana kesombongannya. Ilmu dan amal
jangan sekali dipisahkan, malangnya jika suami berilmu tapi masih bermata
keranjang.
Wang
Cara
ketiga adalah wang, tanpa harta cinta boleh binasa dan mungkin sebaliknya.
Kalau ramai suami bercinta lagi dengan gadis-gadis muda saat kaya mendadak,
kenapa isteri tidak berperanan menjadikan kekayaan itu sebagai kekuatan
pembekal iman suami? Iman yang tidak kalah digoda oleh nafsu cinta murahan?
Ambil
wang suami untuk membeli hidayah, mencari ilmu, bermusafir mencari ketenangan
berdua-duaan, mencari suasana romantiknya cinta ke serata dunia. Jangan
sesekali lupakan sumber cinta itu berpusat di rumah Allah.
Ramai
yang pergi umrah dan haji untuk menyelesaikan masalah rumah tangga, malangnya
jika sudah kembali ke tanah air seakan-akan hilanglah Allah daripada jiwa
mereka.
Konflik
itu pun kembali bergejolak. Hakikatnya Allah bukan berada di Makkah dan Madinah
saja, Dia dekat daripada urat leher kita. Beribadahlah dengan harta yang ada,
tak kira semasa miskin atau kaya. Jadikan harta itu bekal kekuatan iman.
Sumber : Klik Sini
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin