Walaupun
rumah tangga yang dibina sudah memasuki separuh abad, tetapi itu bukan satu
jaminan untuk perkahwinan itu kekal sehingga ke penghujung usia.Tempoh tersebut
bukanlah satu jangka masa yang pendek kerana pelbagai dugaan dan cabaran hidup
perlu dilalui setiap pasangan suami isteri.
Begitulah
yang berlaku kepada Azura (bukan nama sebenar), 56, apabila terpaksa bercerai
pada usia perkahwinannya telah mencecah lebih 30 tahun.Tambahan ketika itu,
kesemua anak-anaknya telah berjaya memasuki universiti dan mendapat pekerjaan
yang baik.
Azura
dan suaminya juga telah dikurniakan lima orang cucu.Jelas Azura, pada usia
perkahwinan menjelang 25 tahun, dia dan suaminya pernah bercerai untuk beberapa
bulan. Mereka mengambil keputusan untuk merujuk kembali kerana tidak ingin
hubungan yang dibina berakhir begitu sahaja selain memikirkan usia perkahwinan
mereka yang sudah lama.
Bercerita
mengenai perjalanan hidupnya, sebagai seorang isteri, Azura telah banyak
bersabar dengan perangai dan kerenah suami yang panas baran.Azura berkata,
mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Ketika itu masing-masing masih muda.
Dia menerima sahaja pilihan ibubapanya kerana yakin pilihan tersebut adalah
terbaik untuknya.
"Hidup
dalam rumah tangga pasti ada pasang surut. Kesabaran yang tinggi perlu ada
untuk menghadapi semua dugaan yang mendatang."Mengenali suami sebagai anak
ketiga dalam keluarganya, dia seorang yang bertanggungjawab, tetapi dalam pada
masa yang sama mempunyai sikap panas baran," katanya.
Katanya,
suaminya yang bertugas sebagai seorang tentera adalah seorang yang tegas dan
garang sehinggakan perwatakannya itu terbawa-bawa dalam rumah tangga."Sikap
mudah baran menyebabkan suami saya ini sering melenting apabila ada perkara
yang dia rasa tidak puas hati."Pernah beberapa kali saya dipukul jika
berlaku pertengkaran antara kami. Kadang-kadang anak yang tidak bersalah juga
menjadi mangsa," katanya.Ujarnya,
selain garang, suaminya juga seorang kaki botol. Pernah beberapa kali dia
pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan mulut berbau arak.
"Bukan
tidak pernah saya mempersoalkan perangainya itu, tetapi setelah beberapa kali
ditengking dan dimarahi menyebabkan saya takut untuk mempertikaikan perangainya
itu."Bukan itu sahaja dugaan yang perlu saya terima, saya juga pernah
dikhabarkan, suami saya pernah berkahwin lain dengan seorang wanita di utara
tanah air.
"Pernah
saya menyoalnya tentang berita tersebut, tetapi dia tidak mengakuinya,"
tambah Azura lagi.Azura berkata, pada waktu itu ingin sekali dia meminta cerai
dari suaminya, tetapi apabila memikirkan nasib anak-anak, dia terpaksa
pendamkan sahaja perasaan itu."Segala masalah yang dihadapi saya pendamkan
seorang diri demi melihat anak-anak berjaya dan membesar dengan baik."
Bukan anak-anak tidak mengetahui tabiat ayah mereka itu, tetapi mereka sudah
lali dan tidak mahu memperbesarkan lagi masalah yang sedang ditanggung,"
katanya.Tambah
Azura, dia pernah bersyukur apabila semakin meningkat usia, suaminya mula
meninggalkan tabiat kaki botol.
"Selepas
suami saya pencen, banyak juga masa kami habiskan bersama. Sifatnya juga
semakin hari semakin berubah kecuali sifat barannya yang tidak pernah
surut," katanya.Harapkan
langit cerah sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari, kata Azura.
Segala-galanya berubah selepas sebulan keluarganya menyambut Syawal pada tahun
lepas.
"Hubungan
yang saya pertahankan lebih 30 tahun akhirnya terputus juga apabila suami telah
menceraikan saya dengan talak satu."Dia tidak dapat mengawal marahnya
ketika itu hanya kerana pertengkaran kecil dan dengan mudah dia melafazkan
talak," katanya.Azura
menambah, perasaan sedih tidak dapat dibendung ketika itu.
"Sepatutnya
dalam usia seperti ini, kami banyak masa habiskan masa bersama mendekatkan diri
kepada Allah dan hidup gembira bersama keluarga."Namun sebaliknya berlaku.
Saya pasrah dengan musibah ini kerana saya tahu mesti ada hikmah di sebalik
setiap kejadian," katanya mengakhiri bicara.-Utusan
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin